Welcome!!

Selamat bertandang ke TAMAN SULUSARAWAK.

Just tell the truth, it'll save U everytime..

There is no such thing as failure in my life. I juz don't beliv in it. Its very easy to be where i am and i always wonder how long it is going to last, instead of living in the movement. I have n0 fear of failure 0r succeeding. I juz d0 what i d0 and i kn0w that will keep me in the best place... Don't c0mplain about what U don't have. Use what u've got. To do less than ur best is a sin. Every single 0ne pf us has the p0wer 4 greatness becuz greatness is determined by service-to urself int0 0thers.

I am in progress. I'm juz trying like everyone else. I try to take every conflict, every experience and learn from it. All i knoe is that i can't be anybody else. And it's taken me a long time to realize that.

Friday, March 2, 2007

Taj Mahal (",)

Aku senang dengan sesiapa, kekadang malu tersipu. Bergantung pada orang yang ku temu. Aku sensitif, jiwaku romantik tp tak sehebat cinta abadi TAJ MAHAL. Aku suka menjadi pendengar, biarkan segala beban mereka menjadi bebanku. Suka tersenyum, amat gemar berlagu tika lapang, bersenam dan berjalan dengan mama. Menghormati orang tua, terlalu mudah simpati dan mengeluarkan air mata. Oppsss, bukan sekadar omong kosong tp betul. Hidangkan cerita sedih depanku, yang pasti air mata terus mencurah. Entahlah, sukar tuk ku mengertikan. Tapi, dengan menangis jiwa rasa tenang dan aku seakan terasa melayang di udara bersama layang-layang. Hmm, aku teringin pergi ke bulan dan yang pasti itu hanya sekadar mimpi di siang hari. Ingin sekali menyentuh bintang dan dibawa pulang jadi peneman di kala duka bertandang ke jiwa. Aku akui banyak silap yang pernah aku buat dan aku dalam usaha untuk membetulkan keadaan. Aku tahu kelibatku dibenci dan aku pasti sukar untuk dimaafi. Dulu aku terlalu memikirkan apa yang mereka katakan, namun kini biarlah segala yang berlaku berlalu. Semua bukan hendak-ku. Biar keluar darah bibirku mengatakan aku ikhlas tp kalau orang tak suka, aku nak buat apa. Betulkan? Yang penting, tuhan yang mengadiliku. DIA yang menentukan apa hukuman yang harus aku terima. Aku redha dengan ketentuan DIA.

Teringatkan

Teringat di kala kecil, suka bermainan di tepi sungai bendang dgn Mama. Bila diingat saat terindah ( itu ) terasakan ingin segera pulang ke detik itu. Detik yang tak pernah mungkir bahagia, segala janji-janji terungkai tanpa kita minta. Aku hanya insan biasa. Bila dikelilingi manusia-manusia bumi aku hanya mampu memerhati. Itu adalah aku. Ramai persoal kehadiranku. Tapi yang pasti aku tidak ingin mati dalam sepi. Nak kata aku ramai kawan, jawapnya TIDAK. Aku tak ngerti apa itu sahabat. Bukan menidak kehadiran orang skelilingku tp kenapa perlu bertopeng tiap kali bersua dengan aku. Aku penulis lirik, aku pencinta sejati Muzik dan kata-kata. Aku suka Sajak, aku suka puisi cinta yang dialun indah gemersik puitisnya. Aku baru lagi dalam bidang penulisan lirik. Aku punya cita serta impian untuk memakbulkan melodi-melodiku jadi muzik dan didengari oleh segenap pencinta bumi. Aku ingin rasa sayang-ku dirasa sama dengan mereka yang benar-benar memahami diri ini, biarkan segala duka dan sunyi ditepis lari. Dengan dua lagu yang ku ilham ikhlas baitnya belum mampu tuk aku berdiri dengan mereka yang ku puja. Aku percaya dengan berkat dan kesungguhan serta keikhlasan jiwa, rezeki dan peluang akan singgah pada aku bila-bila. Kekadang menunggu,menanti – bisa meruntun segala sendi-sendi semangat jadi lusuh. Bagi mereka yang tidak jemu memberi kecintaan dalam muzik, pimpin dan bantulah aku seiringan dengan kamu. Bukan meminta atas dasar ingin punya nama dan status yg dibanggakan tapi cukup sekadar ingin mengisi ruang-ruang lara hidupku dengan berkongsi ceritera cinta duka pada semua. Apa ada pada nama? Kekal pun ia bukan untuk selama, kata-kata indah tersusun mengikut nada segar di ingatan sampai titik terlupus.

Ugly Duckling :-)



Bukan hidup kalau hidup itu tidak adil. Kekadang aku rasa hidup ni disalah ertikan oleh orang-orang yang bertopengkan ego dan kerakusan dunia. Mereka-mereka inilah yang menjadikan dunia ini tidak adil. Aku tak amik pot pun, langsung tak. Buat apa aku nak fikir, semua keadilan bukan terletak pada tangan aku tp mereka.. Ya.. mereka yang rakus dengan dunia sendiri.

Aku punya masalah is dealing dengan apa yang aku ada. Bila dilahirkan dengan satu pakej umpama satu kesempurnaan dalam hidup. Semua mata memandang, mulut memuji walau bukan dari hati ( ada juga yang ikhlas senaluri habis ) dan tak kurang yang memuja tanpa tujuan dan ada tujuan. Aku ingat balik, zaman sek0lah dan seterusnya di pengajian. Aku sering kali menyepi dan menyendiri. Tak ada kawan, semua hanya pentingkan paras dalam satu-satu hubungan. Aku tahu, aku dilahirkan dengan pakej yang tidak begitu menyakinkan semua orang. Semua memilih kawan itu cantik, kawan itu bergaya dan kawan itu kaya. Aku jujur tiada punya apa. Herdikkan dan lemparan sinis ulang kali didengari telinga ini. Aku bersyukur.. walau tiada rupa yang menawan, tiada mata mpesona.. Yang penting aku kawan dengan semua orang.. Aku ingin tabah mharungi liku dan pahit manis kehidupan tidak adil ini tanpa men0leh ke belakang, tak kisah dengan apa orang kata dan pandang pada aku. Aku tak ingin menangis, tak ingin lagi berada dalam hari-hari malam yang mana aku bkhayal.. Segalanya tampak sempurna..

I juz being ME...

Salahkan AKU.

Salahkan Aku :-)

Dalam hidup i, i selalu dan banyak kali alami "Rejecti0n". Pen0lakkan yang berturut menjadikan i - seseorang yang begitu rendah diri dan tidak percaya pada kemampuan. Nak berkawan dengan orang pun terlalu sukar untuk i mulakan langkah dan kata-kata. I terlalu memikirkan apa yang akan orang lain fikir dan kata ( di belakang ). Tak pernah ada yang datang kepada i n nak get to knoe me personally. I mean, dalam s0al kita nak berkawan mesti kita nak tahu latar seseorang. Tp dalam kes i, takda satu pun. Mungkin luaran i yang berbeda dari 0rang lain yang menyebabkan mereka bertanggapan yang bukan-bukan. Dunia, ada suka dan tak, ada yang boleh terima dan buang terus. Kita nak ubah mentaliti seseorang pun tak b0leh. Kalau biru, maka birulah jawapnya.

It's hurting me bilamana orang buat persepsi atau melabel i dengan tidak kenal dalaman i. Tak apalah, i dah belajar untuk jadi tabah. Ada kawan dan tak ada, i dah pandai untuk menerima segala kemungkinan. Mungkin i ditakdirkan untuk hidup tanpa namanya "Sahabat-memahami kehendak dan naluri i " kot. I tak nak lagi merunggut dengan benda-benda yang i sendiri tak mampu nak ubah.

Masa untuk kedepan.. Bagi yang belum yakin pada i, i dalam perjalanan untuk menyakinkan semua supaya nanti i boleh mati dengan aman..

Preview of CTA

CTA

4. Cinta Tiada Akhirnya
Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Sulusarawak
Penerbit: Azlan Abu Hassan

Sebuah lagu balada yang pasti buat anda terpesona. Melodi lagu ini cukup indah dengan bait-bait lirik yang cukup puitis. Lirik yang berkisarkan tentang cinta dan harapan supaya cinta akan berakhir dengan perkahwinan dan kekal selamanya.
Lagu ini merupakan lagu ciptaan seorang komposer yang tidak asing lagi iaitu saudara Azlan Abu Hassan manakala liriknya telah ditulis oleh bakat baru Sulusarawak.

Menurut Azlan lagu ini telah dicipta sekitar Oktober 2005 khas untuk Jaclyn Victor dan lagu "Cinta Tiada Akhirnya" ini mempunyai 'range' yang cukup besar yang menguji kekuatan vokal Jaclyn Victor.

"Bekerja dengan Jaclyn Victor sara rasakan sebagai satu pengalaman yang cukup berharga. Beliau merupakan seorang penyanyi yang mempunyai vokal yang luar biasa dan selalu melakukan 'homework' sebelum memulakan rakaman"
-Azlan Abu Hassan-

Cinta Tiada Akhirnya ( Jaclyn victor )

Cinta tiada akhirnya ( Jaclyn Victor ) Azlan/sulu@sbajiks

Ku yakin cintaku ini
Tak bisa melangkah pergi
Kaku berdiri di sini
Menanti lafaz kasihmu
Biar kau akui dan aku
Kekasihmu...

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selama di taman cinta...

Cinta tiada akhirnya
Membara kekal ke syurgamu
Tak usah kau raguiku
Sayangku dengarkan kasih
Aku milikmu selamanya...
Percayalah...

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selamanya....

Kasih antara kita...
Tercipta abadinya...
Mungkin memisahkan aku dan dia...
Ukir namaku dalam....
Cintamu selamanya...
Biar semarakkan kasihmu...
Selalu....................................

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selamanya....

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selama di taman cinta.... di taman cinta.....

Izinku pergi ( Kaer af2 )

Lirik pertama ( Izinku pergi - kaer af2 )

~Izinkan Ku Pergi-kAer~


sinaran mata cerita segalanya
duka lara terpendam memori semalam
tinggal segala cinta tiada kembalinya
abadi kasih kita kau bawa bersama
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

c/o
pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

tersemat jiwa setia bersamanya
cinta murni berdua beribu tahunnya
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

(ulang c/o)

pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

maafkan daku duhai kasih
izinkan ku pergi...^_^

Azlan/sulu @ sbajik